Piala FA Akhir di TV1 Sabtu ini

Selamat Hari Guru
Shaheizy Sam & Yana Gegar Jom Jam Akustik
Cintanya dalam bidang nyanyian telah lama berakar umbi sebelum terlibat secara serius dalam bidang lakonan sekaligus diangkat sebagai antara yang paling popular dalam industri perfileman negara. Siapa yang tidak kenal dengan heroin baharu pujaan malaya ini, Shaheizy Sam namun tidak ramai yang tahu bakatnya dalam cabang yang satu ini. Dia terus menjadi pilihan sutradara filem malahan hasilnya juga sering pecah panggung. Begitu juga kisahnya dengan pelakon yang sering menjadi gandingannya, Yana Shamsudin. Namanya juga bagaikan hilang dalam barisan penyanyi tanahair. Meskipun ligat beraksi di layar perak, Sam dan Yana tekad berganding melahirkan single terbaharu mereka, Begini Caranya yang sering ke udara di KLfm membuktikan sokongan peminat. Sejauh mana kemunculan kembali diterima ramai atau sekadar penyeri industri sahaja. Dengarkan secara langsung nyanyian mereka dalam Jom Jam Akustik KLfm jam 9.30 malam, 16 Mei ini (Rabu). |














