INFO


Sejarah tidak boleh menolak, peranan A.L Birch, seorang jurutera British yang membawa set radio pertama ke Malaya pada tahun 1921. Dengan kemasukan radio tersebut, maka tertubuhlah Persatuan Wireless Johor pada tahun 1923, yang memulakan siaran melalui gelombang 300 meter. Pada tahun 1925, Persatuan yang sama juga ditubuhkan di Pulau Pinang. Diikuti pula dengan penubuhan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala lumpur pada tahun 1928. Persatuan Wireless Pulau Pinang telah berjaya mendapat lesen yang juga merupakan lessen pertama dikeluarkan di Malaya pada 24 Ogos 1934 atas nama seorang ahli persatuan bernama Khoo Sian Ewe.

Penubuhan Jabatan Siaran Radio di Singapura pada 1 April 1946, secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya. Perkembangan dan keberkesanan Radio Malaya turut mempengaruhi Sabah & Sarawak. Ini kerana pada tahun 1952, telah menyaksi bidang penyiaran secara percubaan bermula di Borneo Utara. Pelancaran Rasmi Radio Sarawak pada tahun 1954 & Radio Sabah pada tahun berikutnya telah membawa era baru kepada rakyat Sabah & Sarawak.

Siaran langsung penurunan The Union Jack & pengisytiharan kemerdekaan yang disiarkan secara langsung oleh Radio Malaya adalah bahan sejarah yang amat penting yang telah dilaksanakan oleh Radio Malaya.

Satu demi satu peristiwa bersejarah Radio Malaya, dibawa kepada pendengarnya. Nyata Radio Malaya adalah amat penting ketika itu untuk menjadi mata, telinga dan mulut rakyat bagi menyatakan matlamat dan arah tuju pentadbiran kerajaan. Selain daripada berperanan untuk menyebar berita, Radio Malaya banyak menyiarkan kejayaan kerajaan dalam membangun Negara. Juga mewujudkan suasana harmoni di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa & agama.

Radio Malaya juga banyak memainkan peranannya dalam membentuk sahsiah diri untuk menyemarak dan memperkayakan pejuang, pelapis, pengamal seni tanah air, radio juga banyak menganjurkan pertandingan. Antaranya bintang radio yang telah melahirkan ramai bintang seni yang disegani hingga ke hari ini.

Peranan stesen radio negeri-negeri juga, banyak membantu kerajaan untuk mendengar dan menyelami permasalahan rakyat. Ini menjadikan RTM sebagai saluran yang berkesan untuk menjadi lidah rakyat & kerajaan. Menyedari masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum & etnik, RTM telah mewujudkan beberapa siaran radio yang mewakili kaum & etnik Malaysia. Keberkesanan stesen radio ini amat ketara & memberi satu impak besar kepada masyarakat. Ianya dapat kita lihat sehingga hari ini.

Sejarah KLfm bermula dengan penubuhan Radio Malaysia Ibukota, RMIK pada 5 November 1973. Ia sesuai dengan langkah menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan. Pada masa itu RMIK beroperasi menerusi gelombang sederhana 800 - khz dalam dua sesi iaitu mulai 6.30-pagi hingga 9.00-pagi manakala sesi kedua bermula jam 4.00-petang hingga 7.00-malam. Sasaran pendengar pada waktu itu ialah pengguna jalanraya yang sering terperangkap dalam kesesakan trafik dan mahukan hiburan berserta maklumat terkini. Siaran RMIK dibawakan dalam mood ceria, pantas, cergas dan bermaklumat secara “ live “ diiringi lagu-lagu segar dan rancak, menepati cita rasa wargakota.

Konsep “live programme “ diselang-seli dengan laporan info-trafik, masalah pendengar, temubual bersama tetamu undangan di konti dan program siaran luar secara langsung dari lokasi ke konti telah berjaya merapatkan hubungan antara stesen RMIK dengan wargakota. Pada tahun 1988, RMIK dikenali sebagai Radio 3 Ibukota dan mula dipancarkan menerusi gelombang FM 97.2-mhz. Peranan stesen itu sebagai penghubung kerajaan dan masyarakat diperkukuhkan lagi menerusi rancangan “ Bandaraya dan Anda ”,“ Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Anda ” serta “ Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Anda ”.

Tarikh 15 Mac 1996, Radio 3 Ibukota diberi gelaran baru yang lebih ringkas iaitu Radio Kuala Lumpur, menepati peranannya sebagai stesen radio bandaraya. Walaupun wujud persaingan daripada stesen swasta, Radio KL masih mampu mengekalkan kumpulan sasarannya yang berumur antara 15–tahun hingga 40-an. Penampilan KL Hits iaitu carta lagu-lagu popular Melayu dan Inggeris mendapat sambutan hebat pendengar remaja Kuala Lumpur.

Mulai 1 April 2005 RMKL dikenali sebagai KLFM . Dengan identiti barunya KLfm yang dikendalikan oleh DJ – DJ yang kreatif dan inovatif akan terus segar dan ceria di udara, menghiburkan sambil menyalurkan maklumat, pengetahuan dan nasihat . Siaran KLfm akan terus memainkan peranannya selama 24 sehari.

Langkah menyusun semula serta memantapkan hot clock dan playlist mulai Januari 2012 ternyata membuka ruang yang lebih luas kepada para pendengar. Mengekalkan tagline “Rentak Interaktif Kota” dan menampilkan barisan penyampai yang berkeyakinan tinggi, ketika menyampaikan maklumat, dibantu dengan persediaan rapi oleh penerbit, terutama dalam segmen utama pagi dan petang telah berjaya meningkatkan mutu siaran KLfm. Selain daripada itu, KLfm telah mengambil pendekatan mendekati golongan muda dengan mengatur program di lokasi seperti Rentas Sekolah, Rentas Kampus yang diadakan secara berkala. KLfm juga menerbitkan segmen Neon-Neon KL yang ke udara pada hari Isnin hingga Ahad mulai 9.30 hingga 11.00 malam, memfokuskan kepada generasi muda. Antara program tersebut ialah DJ Jemputan dari IPTA / IPTS, Jom Jam Akustik dan Singgah Konti.

Sesuai dengan perkembangan industri penyiaran. KLfm juga telah menyiarkan secara langsung program khasnya melalui ‘Live Streaming’ yang boleh ditonton dan didengar melalui laman web rasmi www.rtm.gov.my dan klfm.rtm.gov.my serta melalui telefon bimbit pintar melalui aplikasi RTM mobile.

Hari ini, KLfm terus segar mewarnai citarasa warga kota. Lagu-lagu popular dan info semasa menjadi pilihan utama warga kota. KLfm terus komited dalam usaha menyampaikan maklumat dan hiburan terbaik kepada pendengar.

Klik pada jadual untuk melihat paparan penuh.

NOORLIZA BINTI NORDIN
Pengurus KLfm
Tel : (03) 2288 7474 | (03) 2288 7475
Faks : (03) 2283 5759

Encik Shahuzailye Bin Sallehudin
Penolong Pengurus KLfm
Tel : (03) 2288 7474 | (03) 2288 7475
Faks : (03) 2283 5759

NOR KUZAIMAH BINTI ABD AZIZ
Ketua Bahagian Rancangan KLfm
Tel : (03) 2288 7474 | (03) 2288 7475
Faks : (03) 2283 5759

Sila klik pautan direktori untuk maklumat lanjut.