Thursday, March 23, 2017
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 

 

 

SEJARAH RADIO MALAYSIA KLfm

 

Sejarah KLfm bermula dengan penubuhan Radio Malaysia Ibukota, RMIK pada 5 November 1973. Ia sesuai dengan langkah menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan. Pada masa itu RMIK beroperasi menerusi gelombang sederhana 800 - khz dalam dua sesi iaitu mulai 6.30-pagi hingga 9.00-pagi manakala sesi kedua bermula jam 4.00-petang hingga 7.00-malam. Sasaran pendengar pada waktu itu ialah pengguna jalanraya yang sering terperangkap dalam kesesakan trafik dan mahukan hiburan berserta maklumat terkini. Siaran RMIK dibawakan dalam mood ceria, pantas, cergas dan bermaklumat secara “ live “ diiringi lagu-lagu segar dan rancak, menepati cita rasa wargakota.

 

Konsep “live programme “ diselang-seli dengan laporan info-trafik, masalah pendengar, temubual bersama tetamu undangan di konti dan program siaran luar secara langsung dari lokasi ke konti telah berjaya merapatkan hubungan antara stesen RMIK dengan wargakota. Pada tahun 1988, RMIK dikenali sebagai Radio 3 Ibukota dan mula dipancarkan menerusi gelombang FM 97.2-mhz. Peranan stesen itu sebagai penghubung kerajaan dan masyarakat diperkukuhkan lagi menerusi rancangan “ Bandaraya dan Anda ”,“ Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Anda ” serta “ Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Anda ”.

 

Tarikh 15 Mac 1996, Radio 3 Ibukota diberi gelaran baru yang lebih ringkas iaitu Radio Kuala Lumpur, menepati peranannya sebagai stesen radio bandaraya. Walaupun wujud persaingan daripada stesen swasta, Radio KL masih mampu mengekalkan kumpulan sasarannya yang berumur antara 15–tahun hingga 40-an. Penampilan KL Hits iaitu carta lagu-lagu popular Melayu dan Inggeris mendapat sambutan hebat pendengar remaja Kuala Lumpur.

 

Mulai 1 April 2005 RMKL dikenali sebagai KLFM . Dengan identiti barunya KLfm yang dikendalikan oleh DJ – DJ yang kreatif dan inovatif akan terus segar dan ceria di udara, menghiburkan sambil menyalurkan maklumat, pengetahuan dan nasihat . Siaran KLfm akan terus memainkan peranannya selama 24 sehari.

 

Langkah menyusun semula serta memantapkan hot clock dan playlist mulai Januari 2012 ternyata membuka ruang yang lebih luas kepada para pendengar. Mengekalkan tagline “Rentak Interaktif Kota” dan menampilkan barisan penyampai yang berkeyakinan tinggi, ketika menyampaikan maklumat, dibantu dengan persediaan rapi oleh penerbit, terutama dalam segmen utama pagi dan petang telah berjaya meningkatkan mutu siaran KLfm. Selain daripada itu, KLfm telah mengambil pendekatan mendekati golongan muda dengan mengatur program di lokasi seperti Rentas Sekolah, Rentas Kampus yang diadakan secara berkala. KLfm juga menerbitkan segmen Neon-Neon KL yang ke udara pada hari Isnin hingga Ahad mulai 9.30 hingga 11.00 malam, memfokuskan kepada generasi muda. Antara program tersebut ialah DJ Jemputan dari IPTA / IPTS, Jom Jam Akustik dan Singgah Konti.

 

Sesuai dengan perkembangan industri penyiaran. KLfm juga telah menyiarkan secara langsung program khasnya melalui ‘Live Streaming’ yang boleh ditonton dan didengar melalui laman web rasmi www.rtm.gov.my dan klfm.rtm.gov.my serta melalui telefon bimbit pintar melalui aplikasi RTM mobile.

 

Hari ini, KLfm terus segar mewarnai citarasa warga kota. Lagu-lagu popular dan info semasa menjadi pilihan utama warga kota. KLfm terus komited dalam usaha menyampaikan maklumat dan hiburan terbaik kepada pendengar.

KLfm

RADIO NO.1 ORANG KL!

Downloadhttp://bigtheme.net/joomla Joomla Templates