Wednesday, January 24, 2018

Radio Malaysia KLfm

Rentak Interaktif Kota 

Radio No. 1 Orang KL

Selamat Datang

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

KLIK ikon untuk berinteraksi bersama kami!

Undian KL 2010

Undian KL2017 untuk minggu ke 14
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

 Promo 2010

Carta 2010 1

Ucapan Kami

 

adsale

Hubungi KLfm untuk mengiklankan perniagaan anda

 

 

Rentak Pagi KL

alzikraklfm

AL ZIKRA Bersama Tokoh Agama Antaranya Ustaz Wan Shohor Bani Leman Dan Ustaz Muhadir Joel

 

Teh Tarik 1 KLfm

tehtarik

Nikmati Kehangatan TEH TARIK Sambil Berhibur Dengan Celoteh Penyampai-Penyampai KLfm

 

JOM JAM AKUSTIK

jomjam

 Memberikan Persembahan LIVE Artis Popular Tanah Air Di Konti KLfm Secara Akustik

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

 

OBJEKTIF

 

Mendekatkan hubungan warga kota dengan kerajaan melalui

informasi dan hiburan sensasi bagi membolehkan warga

kota dapat menyertai pelbagai kegiatan yang berfaedah

ke arah perpaduan dan pembangunan.

 

 

VISI

Menjadikan KLfm sebagai sebuah stesen radio yang berdaya saing dan paling unggul di Lembah Klang

 

 

MISI

Mendukung wawasan kerajaan dan negara


Menyediakan rancangan untuk memenuhi citarasa pendengar


Menentukan rancangan yang disiarkan KLfm bermutu tinggi


Menjadikan KLfm berdaya maju dan menguntungkan


Bergiat cergas dalam bidang penyiaran negara


Menjadikan masyarakat Lembah Klang bermaklumat

 

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

 

 

SEJARAH RADIO MALAYSIA KLfm

 

Sejarah KLfm bermula dengan penubuhan Radio Malaysia Ibukota, RMIK pada 5 November 1973. Ia sesuai dengan langkah menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan. Pada masa itu RMIK beroperasi menerusi gelombang sederhana 800 - khz dalam dua sesi iaitu mulai 6.30-pagi hingga 9.00-pagi manakala sesi kedua bermula jam 4.00-petang hingga 7.00-malam. Sasaran pendengar pada waktu itu ialah pengguna jalanraya yang sering terperangkap dalam kesesakan trafik dan mahukan hiburan berserta maklumat terkini. Siaran RMIK dibawakan dalam mood ceria, pantas, cergas dan bermaklumat secara “ live “ diiringi lagu-lagu segar dan rancak, menepati cita rasa wargakota.

 

Konsep “live programme “ diselang-seli dengan laporan info-trafik, masalah pendengar, temubual bersama tetamu undangan di konti dan program siaran luar secara langsung dari lokasi ke konti telah berjaya merapatkan hubungan antara stesen RMIK dengan wargakota. Pada tahun 1988, RMIK dikenali sebagai Radio 3 Ibukota dan mula dipancarkan menerusi gelombang FM 97.2-mhz. Peranan stesen itu sebagai penghubung kerajaan dan masyarakat diperkukuhkan lagi menerusi rancangan “ Bandaraya dan Anda ”,“ Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Anda ” serta “ Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Anda ”.

 

Tarikh 15 Mac 1996, Radio 3 Ibukota diberi gelaran baru yang lebih ringkas iaitu Radio Kuala Lumpur, menepati peranannya sebagai stesen radio bandaraya. Walaupun wujud persaingan daripada stesen swasta, Radio KL masih mampu mengekalkan kumpulan sasarannya yang berumur antara 15–tahun hingga 40-an. Penampilan KL Hits iaitu carta lagu-lagu popular Melayu dan Inggeris mendapat sambutan hebat pendengar remaja Kuala Lumpur.

 

Mulai 1 April 2005 RMKL dikenali sebagai KLFM . Dengan identiti barunya KLfm yang dikendalikan oleh DJ – DJ yang kreatif dan inovatif akan terus segar dan ceria di udara, menghiburkan sambil menyalurkan maklumat, pengetahuan dan nasihat . Siaran KLfm akan terus memainkan peranannya selama 24 sehari.

 

Langkah menyusun semula serta memantapkan hot clock dan playlist mulai Januari 2012 ternyata membuka ruang yang lebih luas kepada para pendengar. Mengekalkan tagline “Rentak Interaktif Kota” dan menampilkan barisan penyampai yang berkeyakinan tinggi, ketika menyampaikan maklumat, dibantu dengan persediaan rapi oleh penerbit, terutama dalam segmen utama pagi dan petang telah berjaya meningkatkan mutu siaran KLfm. Selain daripada itu, KLfm telah mengambil pendekatan mendekati golongan muda dengan mengatur program di lokasi seperti Rentas Sekolah, Rentas Kampus yang diadakan secara berkala. KLfm juga menerbitkan segmen Neon-Neon KL yang ke udara pada hari Isnin hingga Ahad mulai 9.30 hingga 11.00 malam, memfokuskan kepada generasi muda. Antara program tersebut ialah DJ Jemputan dari IPTA / IPTS, Jom Jam Akustik dan Singgah Konti.

 

Sesuai dengan perkembangan industri penyiaran. KLfm juga telah menyiarkan secara langsung program khasnya melalui ‘Live Streaming’ yang boleh ditonton dan didengar melalui laman web rasmi www.rtm.gov.my dan klfm.rtm.gov.my serta melalui telefon bimbit pintar melalui aplikasi RTM mobile.

 

Hari ini, KLfm terus segar mewarnai citarasa warga kota. Lagu-lagu popular dan info semasa menjadi pilihan utama warga kota. KLfm terus komited dalam usaha menyampaikan maklumat dan hiburan terbaik kepada pendengar.

KLfm

RADIO NO.1 ORANG KL!

Pastinya Terbaik 

Kuasa Pink2

 

 

MENARIK kl2010 melintang

MENARIK DI KLFM


BES1 RTM

Berita Ehwal Semasa RTM

Teruskan

Myklik RTM

Ikuti siaran TV dan Juga Radio Secara Online

Teruskan

Laman KKMM

Laman Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

Teruskan

RTM

Laman Radio Televisyen Malaysia

Teruskan
 
 
 
Downloadhttp://bigtheme.net/joomla Joomla Templates